Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Raya 1434h di Pasir Putih, Kelantan. Tapi kurang meriah sebab abang beraya di Kuala Lumpur, di rumah mertuanya di Ampang. Namun kehadiran si kecil Busyra berusia 11 bulan menceriakan kami semua. Busyra anak sepupuku yang tinggal di Muar, Johor, bertugas sbg seorang guru.
Mak Long tinggal di Terengganu, turut pulang berhari raya di kampung. Tapi Pak Long tak ikut sama, nak beraya bersama anaknya di Terengganu katanya. Mak Ngah dan Pak Ngah memang tinggal di rumah nenek. Pok Ngoh juga tinggal di rumah nenek. Beliau seorang yang sangat istimewa. Pernah berkahwin tapi hanya sementara. Semua ini adik beradik emak. Emak nak kelima. Pak Nik abang mak (anak ke4) meninggal dunia semasa saya di tingkatan satu. Maksu Yah pula adik bongsu, anak ke6 meninggal akibat tumor otak semasa saya di tingkatan 3. Liyana anak tunggal maksu yang paling rapat dengan keluarga saya kerana sejak kami kecil kami sering berjumpa. Apabila Maksu sakit, maksu dan 'dila', nama panggilan Liyana, tinggal dengan kami hingga hari terakhir Maksu.
Boleh dikatakan setiap tahun kami sekeluarga akan beraya di kampung. tetapi sejak Arwah Tok Ayah meninggal, semuanya rasa tak seronok. Kami rasa kehinlangan teramat sangat. Tok Ayah meninggal selepas saya mengambil SPM.
Kini, hanya tinggal nenek seorang. Usia nenek pun dah mencecah 80 tahun. Kalau nenek pergi dulu daripada kami, di mana raya kami?
No comments:
Post a Comment